Sebagai contoh apabila kita ingin memulakan sesuatu pekerjaan, kita sering ditegur seperti `haih, ko tau ker nk buat benda nei`, `mad, ko nei tau x kalau nk buat benda nei kena ada bla bla bla bla`, `senangnya ko berangan`, and so on yang mana bila kata-kata macam tu masuk ke dalam telinga kita, kita jadi macam tak x semangat nk berusaha untuk mencapai cita-cita yang kita inginkan.
Ya, mungkin ada antara yang menegur tu berniat baik yang mana bertujuan untuk menasihat atau mengingatkan kita, tapi tanpa dia sedari dia telah menjatuhkan semangat kita untuk meneruskan apa yang kita impikan. Pernah tak korang terpikir dan berkata dalam hati `ala, dia tegur aku, dia tu pun bukan tau apa pun`, ya, mungkin ada antara kita yang pernah berfikir sebegitu walaupun tak sama skrip tapi ala2 semaksud tu kira ok ar. x kurang daripada tu, ada juga yang berfikir secara menyokong perkataan yang mengkritik kita seperti `betol gak`, `aku memang teruk` and so on,
Tahu tak korang, majoriti manusia akan melakukan apa yang dia fikirkan, tak salah jika anda pihak yang nk tegur kita, tapi ia terpulang kepada bagaimana kita ingin menerima teguran yang diberikan tersebut. ada yang menerima secara positif dan ada juga yang menerimanya secara nagetif (menolak).
So, sekarang aku nk share dengan korang macam mana nk menerima satu2 teguran kerana aku tau tidak mudah untuk menerima teguran terutamanya daripada orang yang kita anggap lebih lemah daripada kita. betol x?
1) Dengarkan teguran yang diberikan kepada kita 
walaupun  teguran tu amat menyakitkan, tapi bertindaklah sebagai seorang yang  profesional. Dengarkan apa yang ingin disuarakan oleh dia kepada kita.  kadang-kadang dalam sejuta teguran tu mungkin akan ada satu teguran yang  akan menguntungkan kita yang mungkin bukan pada masa sekarang tapi dia  masa jauh kehadapan kelak. Elakkan daripada memasang blok/penyekat untuk  anda menerima teguran daripada dia (cth: ala, dia bukan layak pun nk  tegur aku), tapi berfikirlah mungkin dia nampak sesuatu yang mungkin  kita tidak nampak.
2) Tapis apa yang dikritik kepada kita 
Ya,  tidak perlu kita menerima bulat2 apa yang ditegur tersebut kerana dia  hanya menegur dan bukanya mengarah, tiada siapapun di dunia nei yang  berhak mengarah apa yang kita ingin lakukan sebab segala risiko yang  kita buat tu semuanya tertanggung atas bahu kita. kalau kita tersalah  langkah sekalipun, kita yang akan menerima akibatnya dan bukan orang  yang menegur kita tu. dalam 10 nasihat yang diberikan tu, mungkin akan  ada satu nasihat yang mana akan mampu mengelakan kita dari menerima  kerugian yang teruk pada masa hadapan. Jadi, fikir2kan apa yang  dinasihatkan kepada kita tu (jangan manis terus ditelan, jangan pahit  terus dibuang)
3) Terima teguran dengan hati yang terbuka 
Susah  kan ? tambah2 kalau teguran tu giler punya tajam and terus menikam  sanubari kita. Tapi nak tak nak kita perlu sedar bahawa teguran yang  diberikan mungkin ada yang mampu membuatkan kita berjaya ata  sekurang-kurangnya mampu mengelakan kita daripada dibelenggu masalah  yang tidak mungkin mampu untuk kita tanggung. Teguran yang diberikan  juga mungkin sebagai sebuah peringatan agar kita lebih berhati2 dalam  menjalani sesuatu yang kita usahakan (ingat! manusia sentiasa dalam  kelalaian). So, terpulang samada korang nk terima teguran daripada dia  atau tak.
4) Make up mood 
Kadang2  bila kita dengar orang tegur kita, mood kita pun jadi macam hilang gitu  jer, betol x?, last2 satu kerja pun x jalan sebab dah fed up nk buat  nei salah nk buat tu salah. kan kan? so, jaga mood korang sebab mood  adalah perkara yang paling fragile apabila satu teguran masuk ke dalam  telinga kita. Macam mana nk set mood korang nei? perkara nei sebenarnya  korang kena set waktu niat korang lagi nk usahakan satu2 benda bahawa  korang akan buat yang terbaik dan segala kelemahan yang wujud akan  korang tampung sebaik mungkin. jangan biarkan mood korang dijajah oleh  pengkritik pengkritik yang sememangnya tidak pernah faham akan kehendak  dan tujuan hidup kita. Setkan matlamat perjuangan korang. `walau apapun  yang akan terjadi, aku tetap akan capai apa yang aku impikan`.
5) bergeraklah secara profesional 
Ya,  mungkin ada kritikan yang akan kita terima dan ada juga kritikan yang  akan kita tolak. Tapi kalau korang x nk terima sekalipun, tak perlu  untuk tunjuk yang korang terang2 menolak teguran mereka (hargailah orang  yang telah menegur anda kerana orang yang menghargai akan dihargai) dan  kalau korang terima idea dia, ada baiknya korang tunjukan yang korang  terima idea si dia kerana ia akan membuatkan korang lebih diberikan  perhatian dan secara tidak langsung sebenarnya dia akan membantu kita  untuk terus berjaya.
P/S: Petikan dari nota sahabat di FB... Renung2kanlah.  =) 



0 person at wheelhouse:
Post a Comment