Wednesday, March 28, 2012

PudiNg MaRbLe...

Hari yang terlebih rajin, so aku nak kongsi 1 resepi yg simple amat lar...

Bahan-bahan yang di perlukan ialah:

10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula halus
1 cawan susu cair (400 ml)
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko (kalo nak pekat boleh tambah lagi)
1 sudu makan air suam (Dibancuh dgn serbuk koko, kalo tak larut, blh tmbh air lg)



Bahan-bahan nya.

Masukkan serbuk agar2, gula dan air ke dlm periuk. Masak sehingga mendidih.

Bancuhkan susu cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan. Nie susu cair dan tepung kastard yg da ditapis. Kemudian masukkan bancuhan kastard ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga pekat.

Bancuhkan serbuk koko dengan air suam.

Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko tadi. Masak sehingga pekat. (Nie aku da masuk kan serbuk koko. Separuh lagi adunan aku letak dalam bekas lain.)

Nie separuh lagi adunan yang telah aku asingkan.  Kemudian, sendukkan adunan coklat ke dalam acuan dan lapiskan adunan kuning ke atas aduan coklat. biarkan keras seketika.


Lapiskan sehingga semua adunan habis. Maaf, aku punya puding tak cantik tapi bila dimakan sedap. :p



Best kan, ape lagi like lar... =)

Friday, March 23, 2012

SiAp JugAk AkhiR nYA!!!

 Salam 1 blogger. Maaf lar sangat2 sebab memang lama tak buat entri baru. Aku memang sibuk giler2 dan tak sempat pun nak menaip tuk belog aku nih. Ok, terus kepada cerita yang aku nak bagitau nih. Korang ada perasan tak aku nye entri yang pasal kait mengait benang nih??? (Klu tak perasan, sila2 lar selongkar belog aku nih ye) Kan di dalam entri tu aku ada cakap nak buat sumthing from that yarn, so finally today aku nye projek persendirian tu siap jua akhir nye. Lama gak nak siapkan tu, mau kat sebulan. Memang tak leh nak buka biznes ler sebab lama sangat nak siapkan nye. Lagipun aku tak hadap benda tu 24 jam, sebab tu lambat nak siap. Tak apa lar, yang penting da siap. Aku tunjuk ye, jangan jeles taw... Hasil tangan sendiri... Tapi part jahit zip, aku mintak sahabat aku tolong jahitkan. Hehehe... =)






Best kan, ape lagi like lar... =)

Thursday, March 8, 2012

Hmm... SoRRy???

Lama aku tak update post. Malas sungguh, so awal-awal lagi aku letak gambar di atas tue. Alah, aku update ker tak, ada plak ker orang nak tgk or baca belog aku yang tak seberapa nie??? Hehe, biasa lar aku tak sefeymes BLOGGER2 yang lain. Sekadar luahkan perasaan jer kat belog nie. Hehe, bukan lar seorang yang sangat aktif update belog. But sometime aku memerlukan komen2 yang membantu aku menghangatkan lagi belog aku yang USANG nie. Aku harap ada yang sudi memberi idea2 or komentar2 untuk belog aku nie. Hehe, itu saja yang ingin aku perkatakan. Sekian... =)



Best kan, ape lagi like lar... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lepak2 Kat Sini JugaK